Besar Jangkaan Untuk EUR/USD Naik Lebih Tinggi Lagi

955

Selepas pergerakan kurang jelas pada awal minggu, pelabur kini pasti bahawa US dolar masih berada dalam tempoh penyusutan nilainya sejak minggu lalu lagi atas beberapa faktor yang menekan matawang utama tersebut.

Data PMI perkhidmatan AS semalam diterbitkan positif namun dilihat gagal untuk menyokong kekuatan US dolar semula. Ini adalah susulan laporan data pekerjaan ADP NFP yang mengukur pekerjaan sektor swasta yang mencatatkan peningkatan lebih rendah pada Julai berbanding sebelumnya.

Pertumbuhan pekerjaan sektor swasta yang kurang memberangsangkan memberi isyarat awal terhadap laporan data NFP pada Jumaat yang telah dijangkakan akan merosot untuk bulan Julai dengan penilaian peningkatan semula kes Coronavirus di AS.

Pelabur semakin bimbang terhadap penularan gelombang baru Covid-19 di AS yang bakal menghalang semula operasi ekonomi selain tekanan oleh keputusan Kongres AS yang belum mencapai kesepakatan dalam rundingan berkenaan pakej rangsangan ekonomi.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada Rabu jelas kembali menunjukkan kenaikan harga ekoran penyusutan US dolar dalam pasaran selepas mendatar pada awal minggu.

Kenaikan harian sekitar 110 pips dicatatkan dengan paras ketinggian yang dicapai pada sesi New York menguji zon resistance 1.19000. Paras tersebut diuji pada Jumaat lalu namun harga gagal menembusinya.

Harga kembali susut sekitar 50 pips pada penghujung sesi New York semula dan pergerakan harga perlahan dan mendatar pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini.

Pelabur berkemungkinan kekal menjangkakan US dolar akan terus bergerak lemah menjelang laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat dengan kenaikan harga pada carta EUR/USD berpotensi untuk mencatat paras ketinggian terbaru melepasi resistance 1.19000.

Harga yang berjaya meneruskan kenaikan melepasi resistance tersebut berkemungkinan menuju ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.19500 sebelum memberikan isyarat pergerakan seterusnya yang lebih jelas.

Namun jika harga gagal melepasi resistance tersebut dan US dolar kembali mendapat rentak pengukuhannya semula, zon support terhampir sekitar 1.17000 akan diuji dan menjadi perhatian pelabur untuk menilai sama ada trend harga telah berubah.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat