Terbitan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi ini dilihat akan terus menyokong pengukuhan US dolar untuk tempoh terdekat ini.
Meneliti butiran minit, beberapa penggubal dasar menyokongan kenaikan 50 mata asas kadar faedah pada mesyuarat terbaru, dan kebanyakannya menjangkakan kenaikan 25 mata asas.
Data-data ekonomi yang diterbitkan pada minggu kebelakangan ini menunjukkan isyarat pertumbuhan aktiviti serta pekerjaan yang kukuh di samping kadar perbelanjaan juga memberangsangkan.
Ini semakin meningkatkan kecenderungan Federal Reserve (Fed) untuk kekal berada pada landasan pengetatan dasar monetari.
Walaupun pada tempo perlahan, US dolar masih memaparkan pengukuhan berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-kukuh-lepas-minit-fomc
Pada carta EUR/USD, penurunan telah bersambung sehingga mencecah ke paras jangkaan 1.06000 yang kini menjadi sokongan buat harga.
Harga perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis).
Trend dinilai kekal bearish dengan harga terus bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Jika penurunan diteruskan di bawah paras 1.06000, sasaran seterusnya harga adalah menuju sekitar 1.05000 yang dijangka akan menjadi paras sokongan terbaru buat harga.
Harga juga akan terus mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.
Sebaliknya jika lonjakan kembali dipaparkan, rintangan pada 1.07000 akan menjadi tumpuan diuji semula.
Melepasi halangan itu barulah harga meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk mencapai semula paras rintangan 1.08000 sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG