Betul Ke Ekonomi Korea Selatan Boleh Lumpuh Kalau BTS Sertai Tentera?

877

Korea Selatan bakal ditimpa kerugian berbilion-bilion setelah ahli kumpulan K-pop popular BTS menyertai tentera Korea Selatan bagi melaksanakan perkhidmatan mandatori mereka.

Menurut laporan Institusi Penyelidikan Hyundai pada 2018, setiap tahun BTS berjaya menyumbang lebih $3.6 bilion kepada ekonomi Korea Selatan.

Malah, 13 pelancong yang melawat Korea Selatan pada 2017 adalah disebabkan kumpulan K-pop tersebut manakala terdapat sebanyak 800,000 pelawat asing pada 2018.

Oleh demikian, barangan BTS seperti pakaian serta kosmetik yang dieksport dari Korea Selatan kepada pengguna telah membuatkan ekonominya menjana sebanyak $1.1 bilion.

Para penyelidik turut menjangkakan bahawa BTS mampu mengekalkan popularitinya susulan kumpulan tersebut berjaya memperoleh 45 trilion won atau $29.2 bilion pada 2014 hingga 2023, namun kini mereka harus menyertai perkhidmatan tentera sehingga 2025.

Secara konteks, BTS dikatakan akan meneruskan projek solo dan tidak akan menjadi sebuah band sejurus selepas mereka menyelesaikan perkhidmatan ketenteraannya, tetapi wakil BTS menyebut bahawa kenyataan tersebut adalah salah faham semata-mata.

Dalam pada itu, saham HYBE syarikat pengurusan BTS telah kehilangan kehilangan satu perempat daripada nilainya serta jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua tahun sejak kumpulan itu membuat pengumuman untuk berehat.

Saham HYBE juga meneruskan penurunannya sebanyak 2.5% selepas BTS mengumumkan akan melaksanakan perkhidmatan ketenteraannya.

Diperjelaskan, pengecualian serta penangguhan perkhidmatan tentera hanya dibenarkan untuk atlet berprofil tinggi atau pemuzik klasik, namun Korea Selatan menyemak semula Akta Perkhidmatan Tentera dalam membenarkan BTS menangguhkan perkhidmatan sehingga umur 30 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat