Betul Ke Singapura Lebih Kaya Daripada Malaysia?

553

Tentunya ramai orang tertanya-tanya mengapa Singapura lebih kaya daripada Malaysia?

Walhal, Singapura merupakan negara yang kecil berbanding Malaysia.

Singapura juga tidak mempunyai sumber alam seperti minyak dan batu arang tetapi terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Singapura ‘lebih kaya’.

Antara faktornya adalah lokasi Singapura yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan penting yang menghubungkan Asia ke Eropah.

Faktor tersebut menyebabkan punca British menjajah Singapura pada tahun 1819.

Selain itu, nasib Singapura dikatakan lebih baik berbanding nasib negara-negara jiran seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Singapura terlebih dahulu menjalinkan hubungan baik dengan Britain. Walaupun negara itu telah merdeka pada 1965 tetapi Singapura masih bekerjasama dalam hubungan perdagangan.

Keputusan berkenaan membuka mata negara lain bahawa Singapura terbuka untuk menjalinkan hubungan baik dengan mana-mana negara.

Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan dikenali sebagai Harimau Asia kerana membangun dengan pesat sejak 1960-an.

Pada tahun 1960-an, Singapura mengalami krisis sistem perumahan. Negara itu mengalami kekurangan penempatan, masalah migrasi dan pembangunan yang perlahan.

Menurut laporan daripada British Housing Committe, Singapura dilabel sebagai negara paling sesak dan memalukan bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat bertamadun.

Ekoran itu, Singapura memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat dan memastikan rakyatnya dapat memiliki sebuah rumah.

Kerajaan Singapura mewujudkan polisi perumahan awam. Harga perumahan awam di Singapura adalah murah dan berpatutan.

Di Singapura, 80% penduduknya tinggal di perumahan awam yang dipanggil sebagai flat Housing & Development Board (HDB) dan cuma 20% rakyatnya tinggal di perumahan sendiri.

Pada ketika itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mahu setiap rakyatnya memiliki rumah kerana beliau yakin sekiranya setiap keluarga mempunyai rumah, negara akan menjadi stabil kerana pada masa yang sama, kerajaan dapat menarik pelabur menerusi cukai, pengembangan ekonomi dan pengurangan pengangguran.

Langkah itu menyebabkan peratusan pengangguran menurun kepada 4.5% pada tahun 1970-an berbanding 14% pada 1959.

Pada abad ke-21, industri perkhidmatan seperti kewangan dan insurans diswastakan, menyebabkan banyak syarikat multinasional mula menjadikan Singapura sebagai pilihan lokasi ibu pejabat.

Singapura juga merupakan antara negara yang paling mudah untuk membuka perniagaan kerana pelepasan cukainya dan akses yang mudah kepada rantau Asia. Polisi sedemikian memberi banyak manfaat kepada pelabur serta usahawan.

Singapura juga mengamalkan pentadbiran yang telus dan sifar rasuah. Negara itu yang dahulunya merupakan salah sebuah negara paling korup, kini Singapura termasuk dalam senarai 10 teratas negara yang anti korupsi.

Meskipun Singapura sebuah negara yang kaya namun rakyatnya terpaksa berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Lima tahun berturut-turut Singapura dinobatkan sebagai bandar yang termahal di dunia, mengatasi New York dan London. Malahan, cukai kereta di Singapura juga dikatakan paling tinggi di dunia.

Namun dari segi kos penjagaan diri, barangan rumah dan produk domestik, harganya lebih murah di Singapura berbanding negara-negara lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat