Beware! Debat Akhir Trump VS Biden Jadi Tumpuan

620

US dolar didagangkan meningkat menuju dagangan hujung minggu setelah mengalami penurunan mingguan terbesar berbanding yen dalam tempoh satu bulan, dengan tumpuan para pelabur terarah kepada debat presiden yang sedang berlangsung pagi ini.

Pergerakan matawang utama pula berubah sedikit dan kebanyakannya menguntungkan dolar greenback pada awal sesi Asia berikutan pelabur yang sedang menyaksikan debat antara Presiden Donald Trump dan pesaingnya, Joe Biden.

Pasaran mungkin berwaspada terhadap kemungkinan peralihan suara menjelang hari pengundian pada 3 November, selain turut menantikan petunjuk mengenai pakej rangsangan fiskal AS.

Dolar greenback telah meningkat dari paras terendah tujuh minggu berbanding sekumpulan matawang utama tetapi masih berada sekitar 0.8% lebih rendah untuk minggu ini dengan didagangkan pada 93.03.

Sementara itu, dolar Aussie didagangkan positif pada awal sesi Asia dan 0.7% lebih kukuh minggu ini dengan kenaikan selanjutnya dibataskan oleh jangkaan yang meningkat bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) akan menurunkan kadar faedah pada November.

Dolar kiwi pula menyusut berikutan data yang diterbitkan hari ini menunjukkan kadar inflasi New Zealand lebih rendah daripada dijangkakan, tetapi telah meningkat hampir 1% untuk minggu ini.

Bagi matawang Eropah, euro yang telah meningkat 0.8% minggu ini, kembali mencatatkan penyusutan berikutan kebangkitan semula US dolar dan turut dijejaskan oleh kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang melonjak di Eropah.

Matawang pound sterling pula kembali susut berikutan ketidakpastian mengenai prospek Brexit, tetapi kekal didagangkan di atas paras harga $1.3000 setelah mencatatkan peningkatan 1.2% minggu ini berbanding USD.

Antara yang menjadi tumpuan pasaran pada hari ini adalah penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan UK petang ini, dan AS pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat