Bezos Berjaya Mengalahkan Bill Gates Sebagai Orang Paling Kaya di Dunia

124

Jeff Bezos kini adalah orang terkaya di dunia selepas Amazon mengeluarkan laporan pendapatan suku ketiga 2017 pada Jumaat.

Amazon merekod kenaikan keuntungan yang begitu memberangsangkan dengan Bezos memiliki 80 juta unit saham setakat Ogos. Kekayaan bersih beliau kini mencecah $90 billion.

Pada akhir dagangan Khamis, Bill Gates pengasas Microsoft masih berada di tangga pertama dalam indeks Billionaire Bloomberg dengan kekayaan $88 billion. Bezos pula di tempat kedua dengan $83.5 billion.

Bezos sebelum ini telah mendahului Gates pada Julai 2017 apabila nilai bersih kekayaan beliau mencecah $90 billion yang disebabkan kenaikan sementara nilai saham Amazon.

Bagi yang belum mengenali beliau, Jeff Bezos adalah pengasas syarikat Amazon yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Selepas laporan pendapatan Amazon, harga saham syarikat tersebut melonjak 13.22% yang menambah kekayaan Bezos sebanyak $10 billion.

Selain daripada kekayaan yang dimiliki daripada Amazon, beliau juga memiliki hartanah di Seattle, Texas dan California. Pada tahun 2000, Bezos mengasaskan syarikat pelancongan angkasa di bawah syarikat Blue Origin yang menggunakan semula roket angkasa bagi membawa pelancong.

Amazon ketika ini bernilai $529 billion menjadikan ia syarikat e-commerce terbesar dunia. Amazon juga telah mengambil-alih (acquisition) souq.com sebuah syarikat e-commerce terkemuka di timur tengah dengan nilai $580 juta pada Julai 2017. Selain itu, Amazon juga telah mengambil-alih Whole Foods pada nilai $13.7 billion pada Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat