Biar Betul! 600 Cawangan Bank Perancis Ditutup?

420

France Societe Generale (SocGen) hari ini mempercepat rancangan untuk meningkatkan keuntungan dengan menggabungkan dua rangkaian perbankan runcitnya, yang mengakibatkan penutupan 600 dari hampir 2,100 cawangannya menjelang 2025.

Akibat daripada kadar faedah yang rendah terus membebani pendapatan pinjaman dan margin perbankan runcit, pengendali pinjaman ketiga terbesar di Perancis itu mendedahkan bahawa penggabungan kedua-dua rangkaian itu akan menjimatkan kos lebih dari 350 juta euro pada tahun 2024 dan hampir 450 juta euro pada tahun 2025.

Selain itu, rancangan berkenaan akan melibatkan perbelanjaan antara € 700 juta hingga € 800 juta.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, saham SocGen telah mencatatkan penurunana sebanyak 1.2%.

Manakala pengendali pinjaman di Eropah didakwa telah mengurangkan cawangan mereka selama bertahun-tahun, tetapi penentangan dari kesatuan dan ahli politik mengenai akses perbankan menyebabkan rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Jumlah cawangan bank di Kesatuan Eropah dikhabarkan merekodkan penurunanan dari kira-kira 238,000 pada tahun 2008 kepada 174,000 pada akhir tahun 2018.

Di samping itu, Deutsche Bank dan Commerzbank di Jerman turut sama-sama mengumumkan pemotongan ketara pada rangkaian cawangan mereka tahun ini, dengan Deutsche Bank akan menutup sekitar seperlima daripada jumlah cawangannya.

Akibat daripada penularan wabak Covid-19, SocGen telah mempercepat peralihan ke perbankan atas talian di seluruh Eropah, serta menjalankan usaha untuk memperkuat operasinya yang dikenali sebagai Boursorama.

Melalui medium atas talian, Boursorama mensasarkan 4.5 juta pelanggan pada tahun 2025, meningkat daripada 2.5 juta tahun ini. Tambahan daripada itu, ianya dijangka mencatat kerugian terkumpul sekitar € 230 juta pada tahun 2023 dengan pendapatan bersih € 100 juta pada tahun itu, meningkat kepada € 200 juta pada tahun 2025.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif keuntungan, ketua eksekutif Frederic Oudea meletakkan perniagaan produk berstruktur ekuiti dan kredit SocGen dalam kajian tahun ini setelah operasi keseluruhan berhadapan dengan konflik akibat daripada ketidaktentuan pasaran dan pembatalan dividen berikutan krisis Covid-19.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini bank itu juga telah keluar dari daerah yang memiliki kekurangan penduduk, menjual unit dan aktiviti di negara-negara Eropah timur dan tengah seperti Poland, Bulgaria, dan Albania.

Tambahan daripada itu, mereka dikhabarkan merancang untuk menjual cawangan pengurusan asetnya Lyxor. Walau bagaimanapun, SocGen tidak mahu mengemukakan apa-apa maklum balas berhubung perkara berkenaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat