Biar Betul? Ekonomi UK Catat Pertumbuhan Tidak Dijangka Pada Mei

294

Ekonomi Britain mencipta kejutan dengan mencatat pertumbuhan pada bulan Mei selepas mengalami penurunan dalam dua bulan sebelumnya.

Laporan terbaharu daripada Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) mendedahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDK) meningkat sebanyak 0.5% susulan kemerosotan 0.2% pada bulan April.

Ia juga menjangkaui jangkaan pasaran bahawa tiada pertumbuhan direkodkan pada bulan Mei. Sementara dalam tempoh tiga bulan hingga Mei, KDNK dilaporkan meningkat 0.4%.

Antara penyumbang utama kepada pengembangan ini adalah peningkatan dalam perkhidmatan kesihatan dan lonjakan permintaan dalam sektor pelancongan.

Susulan bacaan yang lebih kukuh dalam data tersebut, mata wang pound melonjak sedikit setelah mempamerkan kelemahan di tengah-tengah pengukuhan US dolar.

Terdahulu, Bank of England (BOE) meramalkan bahawa KDNK akan menguncup dalam tempoh April hingga Jun.

Walaupun ia dijangka kembali kepada pertumbuhan pada suku ketiga, ramai penganalisis melihat risiko ekonomi akan mengalami kemelesetan pada akhir tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat