Biar Betul! Elon Musk Dah Kenal Siapa Satoshi Nakamoto?

10,230

Dengar cerita identiti pengasas Bitcoin (BTC), Satoshi Nakamoto telah didedahkan.

Ye ke?

Pengasas Tesla, Elon Musk percaya pakar mata wang kripto, Nick Szabo adalah Satoshi Nakamoto.

Pendapatnya itu dikongsi dalam satu rakaman podcast oleh Lex Fridman yang sering menyentuh topik pelbagai termasuk artificial intelligence (AI), Tesla, dan mata wang kripto.

Jelasnya: “Cuba lihat evolusi idea sebelum pelancaran bitcoin dan lihat siapa yang menulis idea tersebut. Tidak lain tidak bukan, Nick Szabo yang bertanggungjawab terhadap idea-idea tersebut.”

Pada 2014, pasukan linguistik membuat padanan antara whitepaper Bitcoin dengan penulisan Szabo.

Disebabkan padanan tersebut menunjukkan Szabo lebih ‘dekat’ dengan Nakamoto, maka Musk tidak dapat menyangkal bukti tersebut walaupun Szabo sendiri menolak dakwaan tersebut.

Sedia maklum sejak pelancaran Bitcoin ke dalam pasaran, tiada siapa yang tahu siapakah Nakamoto.

Kedengaran namanya seakan anak kelahiran Jepun. Tetapi berdasarkan penjejakan yang dilakukan, Nakamoto mungkin seorang British.

Sementara itu, Nicholas “Nick” Szabo merupakan saintis komputer yang terkenal dengan kajian berkaitan kontrak digital dan mata wang digital.

Szabo merupakan graduan daripada University of Washington pada 1989 dan menerima ijazah pertama daripada George Washington University Law School.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat