Biar Betul Emas Dijangka Melonjak Lagi?

1,303

Logam berharga emas mengurangkan keuntungan pada dagangan awal minggu setelah hasil perbendaharaan meningkat setelah didorong oleh bacaan indeks harga pengeluar AS yang mengalahkan jangkaan pasaran.

Pada awal pembukaan sesi Eropah, harga emas diniagakan di sekitar harga $1,740 per auns.

Data yang diterbitkan pada hari Jumaat telah menunjukkan peningkatan tahunan terbesar dalam tempoh 9 setengah tahun dalam harga pengeluar AS.

Pembacaan ini sekali gus menyokong jangkaan pasaran untuk kenaikan lebih tinggi dalam data inflasi AS yang akan diterbitkan pada hari Selasa.

Peningkatan inflasi yang lebih kuat daripada dijangkakan dapat mencetuskan kenaikan hasil bon AS dan memberi kekuatan buat dagangan matawang US dolar.

Namun, penganalisis juga tidak menolak kemungkinan bahawa jika harga emas boleh bertahan pada $1,750 per auns, ia berpotensi untuk melonjak lebih tinggi ke $1,800 per auns kerana kebiasaannya kenaikan inflasi juga memberi sokongan buat logam kuning itu.

Dalam pada itu, kenyataan positif dari Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang mengatakan bahawa ekonomi AS bersedia untuk pertumbuhan lebih kuat turut mempengaruhi pergerakan harga emas pada awal minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat