Biar Betul, ETF Bitcoin Pertama Akan Mula Diperdagangkan Pada Hari Selasa?

2,661

ETF Bitcoin pertama dari ProShare akan memulakan debutnya di New York Stock Exchange (NYSE) pada hari Selasa. Strategi BItcoin ETF yang menjejaki harga pasaran Bitcoin Pasaran Hadapan dari ProShare ini akan menjadi yang pertama yang mendapat persetujuan dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) setelah bertahun-tahun ditolak. Simbol ticker untuk ProShares Bitcoin ETF adalah $ BITO.

ETF akan melabur terutamanya dalam kontrak niaga hadapan bitcoin dan tidak melabur secara langsung dalam bitcoin. Syarikat tersebut menyatakan BITO boleh dijual beli seperti saham dan tidak memerlukan para pelabur ada akaun di bursa kripto atau wallet kripto.

ProShares menjadi syarikat pertama yang mendapat kebenaran SEC dalam ETF Bitcoin. 2021 telah terbukti menjadi tahun Bitcoin kerana bukan hanya pelabur runcit dan institusi sahaja yang terjun dalam pasaran Bitcoin namun beberapa negara termasuk El Salvador dan Paraguay juga turut ikut mengambil bahagian.

Berkenaan ETF Bitcoin, pengerusi SEC Gary Gensler sebelumnya telah mengisyaratkan bahawa ETF berasaskan pasaran niaga hadapan justeru penggubalan undang-undang adalah lebih mudah dilaksanakan. Atas dasar ini, penganalisis ETF berpendapat SEC berkemungkinan akan meluluskan ETF pasaran spot pada suku pertama 2022.

Kelulusan ETF Bitcoin pertama di AS akan membolehkan para pelabur melabur dengan lebih selamat. Walaupun Eropah dan Amerika Utara telah meluluskan beberapa bentuk ETF kripto namun ramai pihak yang percaya kelulusan dari SEC akan mengubah masa depan kripto kerana pasaran ETF adalah 7x lebih besar.

Walaupun kelulusan ETF Bitcoin pertama kali mendapat perhatian banyak pihak dengan SEC telah meluluskan pasaran hadapan ETF. Ia telah memberi sedikit kelegaan buat pemain kripto.

Berita ETF niaga hadapan telah mendorong harga bitcoin melonjak 6% keparas harga $ 62,667.51 pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat