Biar Betul – Firma Kewangan Ini Lepaskan $750 Juta Bitcoin Untuk Pokaldot & Cardano!

3,855

Firma kewangan FD7 Ventures yang berasal Dubai membuat pengumuman bahawa pihak mereka akan menjual Bitcoin bernilai lebih $ 750 juta pada bulan hadapan untuk membeli Cardanao (ADA) dan Pokaldot (DOT) sebagai ganti Bitcoin. Kedua-dua kripto ini menawarkan Blockchain yang mempunyai jaringan berkelajuan tinggi yang dan penggunaan smart contract pada kos yang rendah.

Firma kewangan yang mengurus dana kripto tersebut mendakwa bahawa mereka memiliki lebih dari $ 1 bilion aset bersih yang sebahagian besar terdiri daripada Bitcoin. Walaubagaimanapun, para eksekutif FD7 Venture menyatakan bahawa aset kripto Bitcoin telah memenuhi tujuannya dan disisi lain blockchain generasi baru adalah lebih menarik untuk jangka masa panjang.

Pengarah urusan FD7, Prakash Chand dalam salah satu kenyataan berpendapat bahawa Ethereum, Cardano, dan Polkadot dijangka akan lebih berharga daripada Bitcoin dalam beberapa tahun ke hadapan.

Chand juga mengatakan bahawa ADA dan DOT menggunakan ‘internet generasi baru’ dan Web3 yang membolehkan pengendalian tanpa orang tengah. FD7 memberi contoh bahawa Cardano mampu menawarkan penyelesaian kepada individu-individu di Afrika yang tidak memiliki akaun bank dan Pokaldot untuk pengembangan ekosistem projek Web3.

Pengasas Cardano Charles Hoskinson menyambut baik langkah FD7 dan memberi sokongan penuh. Harga Cardano kini didagangkan pada harga $1.12 seunit dan Pokaldot didagangkan pada harga $30.77.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat