Biden Kata Rusia ‘Mungkin’ Serang Ukraine Bulan Depan?

1,510

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi amaran bahawa terdapat ‘kemungkinan jelas’ Rusia akan menyerang Ukraine pada bulan Februari.

Kenyataan tersebut dibuat ketika bercakap dalam panggilan telefon bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada hari Khamis, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House.

AS dan perikatan Barat telah menolak dengan tegas sebarang konsesi mengenai tuntutan utama Moscow pada hari Rabu yang menggesa supaya Ukraine dihalang daripada menyertai NATO.

Selain itu, mereka juga mengatakan penempatan tentera dan peralatan tentera bersekutu di Eropah Timur tidak boleh dirundingkan.

Penolakan tersebut menyebabkan Rusia melihat peluang untuk berdamai semakin berkurang, dengan mengatakan keengganan AS telah meninggalkan ‘sedikit alasan untuk optimis’.

Dalam pada itu, White House turut mengatakan bahawa semasa perbualan kedua-dua pemimpin itu, Biden menegaskan kesediaan Amerika dan sekutunya untuk bertindak balas sekiranya Rusia menyerang Ukraine.

Rentetan daripada itu, semua tumpuan kini beralih kepada Presiden Vladimir Putin yang akan memutuskan bagaimana Rusia akan bertindak balas terhadap situasi ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat