Biden Tak Fikir Ekonomi Amerika Dalam Bahaya

223

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tidak menjangkakan kemelesetan akan berlaku, dan jika ada, ia hanya ‘sedikit’ penurunan dalam ekonomi.

“Saya tidak fikir akan berlaku kemelesetan. Jika ya, ia akan menjadi sedikit kemelesetan. Maksudnya, hanya akan turun sedikit,” ujar beliau ketika temubual eksklusif bersama CNN.

Meskipun begitu, perihal sebaliknya yang dijangka berlaku dengan pelabur, ahli ekonomi dan bank memberi amaran mengenai kemungkinan AS akan memasuki kemelesetan dalam beberapa bulan mendatang.

Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan, Chase Jamie Dimon memberi peringatan bahawa ekonomi gergasi dunia itu mungkin jatuh ke lembah kemelesetan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang.

Bank of America pula mengatakan usaha Federal Reserve untuk mengekang inflasi dengan kenaikan kadar agresif bakal mengakibatkan ekonomi AS kehilangan puluhan ribu pekerja setiap bulan bermula awal tahun depan.

Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sekali lagi menurunkan unjurannya untuk ekonomi dengan amaran keras bahawa pertumbuhan akan lebih teruk pada 2023.

Berbalik kepada kenyataan Presiden biden, beliau mengatakan keupayaan negara itu untuk mengelak daripada kemelesetan memberinya sedikit keyakinan terhadap masa depan ekonomi.

Dalam pada itu, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen yakin bahawa ekonomi AS akan berjalan dengan baik di tengah-tengah kenaikan harga tenaga, Covid-19 dan perang Rusia di Ukraine yang menguasai pasaran global.

Beliau berkata ekonomi dijangka akan perlahan selepas pemulihan kuat, tetapi data pekerjaan baru-baru ini menunjukkan ekonomi lebih berdaya tahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat