Biden Terjatuhkan ‘Bom’ Mengenai Isu Taiwan

716

Amerika Syarikat sekali lagi menimbulkan ketidakpastian dalam isu Taiwan selepas Presiden Joe Biden mengatakan tenteranya akan mempertahankan pulau itu sekiranya China menyerang.

Presiden Biden dengan yakin mengungkapkan perkataan “Ya” apabila ditanya sama ada tentera AS akan mempertahankan Taiwan dalam satu temu bual.

“Ya, jika sebenarnya terdapat serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujar Joe Biden.

Kenyataan Biden telah mencetuskan pelbagai reaksi yang dilihat sebagai bercanggah dengan dasar rasmi Amerika terhadap kepulauan itu.

Malah, beliau juga mengulangi dalam temu bual tersebut bahawa Amerika Syarikat mengekalkan dasar ‘Satu China’ dan tidak menyokong kemerdekaan Taiwan dalam temu bual tersebut.

Walaupun begitu, ia akan mengekalkan hubungan rapat dan membekalkan senjata kepada Taiwan di bawah Akta Perhubungan Taiwan sebagai persediaan untuk ia mempertahankan dirinya.

Susulan wawancara tersebut, seorang jurucakap White House berkata bahawa dasar AS terhadap Taiwan tidak berubah. AS telah lama menawarkan pendirian tidak jelasnya sama ada ia akan campur tangan secara ketenteraan di Taiwan.

Ini bukan kali pertama Biden mengeluarkan kenyataan sedemikian, di mana pada bulan Mei sebelum ini Biden juga mengatakan ya untuk soalan yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat