Biden, Xi Jinping Berbincang Mengenai Konflik AS-China

423

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping dilaporkan telah bercakap melalui satu panggilan telefon buat kali pertama sejak Februari pada hari Jumaat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan White House, mereka telah mengadakan perbincangan yang luas dan strategik mengenai bagaimana menguruskan hubungan kedua-dua negara yang kompetitif untuk mengelakkan konflik.

Ketegangan hubungan AS dan China telah meningkat sejak pemerintahan Donald Trump, dihimpit oleh perselisihan mengenai isu-isu perdagangan, pengintipan dan pandemik coronavirus.

Dalam perbualan tersebut, Biden turut menekankan mengenai kepentingan Amerika terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Indo-Pasifik dan dunia.

Sementara itu, menurut berita media negara China, Xinhua pula mengatakan Xi memberitahu Biden bahawa tindakan Washington ke atas Beijing telah menyebabkan kesulitan yang serius kepada hubungan dua negara tersebut.

Sekiranya China dan AS bekerjasama, kedua-dua negara dan dunia akan mendapat keuntungan, sebaliknya, sekiranya mereka saling bermusuhan, kedua-dua negara dan dunia akan menderita, kata Xi menurut laporan Xinhua.

Perbualan yang berlangsung selama 90 minit itu, juga menyaksikan perbincangan mengenai isu ekonomi, perubahan iklim dan pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat