Bila Covid-19 Sudah Tiada, Simpan Semua Ubatmu, E.coli Pula Muncul

345

‘Betul la dunia dah semakin tenat, pelbagai penyakit muncul tak putus-putus.’

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan penularan wabak bakteria E.coli di 4 buah negari yang menjangkiti 84 orang.

Mencerap laporan CDC, 38 daripada jumlah tersebut telah dimasukkan ke hospital dengan 47 orang yang dijangkiti gagal dikenal pasti sumber penularannya.

Sumber berbeza pula mengatakan 52 daripada 62 yang ditemu ramah dilaporkan telah menikmati sajian di restoran Wendy’s seminggu sebelum mengalami kesakitan.

Setakat ini pihak rangkaian makanan segera Wendy’s tidak memberi maklum balas lanjut.

Antara negeri-negeri di AS yang mencatat penularan wabak E.coli adalah Michigan, Ohio, Indiana dan Pennsylvania.

Pada sisi berbeza, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan Covid-19 telah mengorbankan lebih berjutaan orang setakat 2022.

Memetik kata ketua WHO, Tedros Adhanim Ghebreyesus hampir 6.45 juta kematian telah dicatat sejak virus Covid-19 pertama kali dikesan pada akhir 2019 dengan menyifatkan angka korban tersebut sebagai ‘pencapaian tragis’.

Melihat kepada keadaan keseluruhan, dunia masih diancam pelbagai penyakit berjangkit dan warga global diminta menjaga kebersihan dan keselamatan diri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat