Bila Emas Nak Naik Tinggi Lagi Ni?

463

Permulaan sesi Eropah memperlihatkan dagangan emas meningkat, menyusuli kemerosotan yang dicatatkan US dolar ketika pasaran masih berhati-hati dengan ketidakpastian terhadap pakej rangsangan AS.

Logam berharga emas meningkat 0.1% dengan diperdagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,891 per auns, manakala niaga hadapan logam kuning positif pada $1,895 per auns (4.20 petang waktu Malaysia).

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama didagangkan susut sedikit pada 93.57 ketika awal sesi Eropah.

Setelah menghentikan rundingan mengenai pakej rangsangan baru AS, Presiden Donald Trump sekali lagi mengejutkan pasaran dengan menggesa Kongres supaya meluluskan bantuan kewangan untuk syarikat penerbangan, perniagaan kecil dan cek $1,200 untuk rakyat Amerika.

Sementara itu, laporan minit mesyuarat daripada Federal Reserve (Fed) tidak memberikan gambaran yang jelas mengenai langkah seterusnya untuk menangani kemelesetan disebabkan coronavirus. Kebanyakan pembuat dasar mengatakan tinjauan ekonomi mereka memerlukan sokongan fiskal tambahan.

Emas yang dilihat sebagai lindung nilai kepada inflasi dan penurunan nilai matawang, telah meningkat 24% tahun ini disokong oleh langkah rangsangan besar-besaran oleh kerajaan dan bank pusat seluruh dunia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat