Bilakah Masa Terbaik Untuk Beli Kripto?

3,579

Ketika anda berminat untuk mula melabur dalam kripto, pastinya antara soalan yang kerap bermain di minda – bila untuk membeli dan menjual aset?

Sebenarnya tiada seorang pun boleh mengagak bagaimana pasaran kripto pada masa akan datang, termasuk Bitcoin (BTC) yang ketika ini menjadi kegilaan ramai.

Maka, jika anda yakin dengan matawang kripto pilihan anda, cubalah membelinya pada kuantiti yang kecil sebagai permulaan.

Jadinya, bilakah masa terbaik untuk membuat pelaburan kripto?

Warren Buffett pernah berkata; “Takutlah ketika orang ramai dalam ketamakan dan jadilah tamak ketika orang lain ketakutan“, membawa makna pelabur digalakkan untuk membeli ketika pelabur lain menjual (menjadi sebab kepada penurunan harga kripto) dan berhati-hati ketika orang ramai membeli (menjadi sebab kepada peningkatan harga kripto).

Kebiasaannya penyusutan harga akan mendorong kepada kebangkitan aset, menyebabkan harga meningkat dan keadaan ini berlaku kerana pelabur akan membeli matawang kripto pada harga yang murah.

Selain itu, lonjakan yang mendadak akan menyebabkan pembetulan hingga harga susut teruk. Inilah lumrah pelaburan kripto memandangkan pelabur lebih suka menjual aset ketika harga meningkat untuk mengaut keuntungan tinggi.

Mungkin juga anda lebih tertarik untuk membeli aset ketika aset mencatat peningkatan harga yang steady untuk jangka masa yang panjang.

Tuntasnya di sini, anda perlu bijak menyusun strategi dalam membuat pelaburan kripto.

Jangan terlalu bergantung kepada keadaan pasaran kerana ia bukanlah strategi yang boleh dipercayai setiap masa. Jika tersilap atur, anda terpaksa menanggung kerugian ketika orang lain mengaut keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat