Bimbang Sejarah 1945 Berulang, 56 Bekas Pemerintah Negara Kemuka Perjanjian Larangan Senjata Nuklear

539

Dianggarkan 56 pemerintah, merangkumi bekas perdana menteri, presiden, menteri luar negeri dan menteri pertahanan dari 20 negara NATO (North Atlantic Treaty Organization) termasuk Jepun dan Korea Selatan telah mengeluarkan surat terbuka meminta para pemimpin terkini untuk menyertai Perjanjian Larangan Senjata Nuklear (Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons).

Perjanjian yang didedahkan pada Ahad ketika malam peringatan ulang tahun Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-75 sebenarnya telah dikemukakan pada 2017.

Bagi melaksanakan perjanjian tersebut hanya memerlukan enam persetujuan daripada 50 pemerintah lain. Antara yang terlibat termasuklah bekas perdana menteri Kanada, Jepun, Itali dan Poland, bekas presiden Albania, Poland dan Slovenia termasuk 20 bekas menteri luar negeri dan lebih daripada 10 bekas menteri pertahanan.

Dua bekas setiausaha umum NATO – Javier Solana (Sepanyol) dan Willy Claes (Belgium). Bekas setiausaha umum PBB, Ban Ki-Moon juga turut menandatangani perjanjian tersebut.

Perihal isi kandungan surat tersebut, ia menfokuskan kepada peningkatan penggunaan senjata nuklear termasuk risikonya sejak beberapa tahun lalu dengan harapan peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada 1945 tidak berulang.

Korea Utara baru-baru ini telah memberi isyarat untuk menguji kembali senjatanya. Perjanjian antarabangsa yang disusun bagi mencegah Iran mendapatkan senjata nuklearnya mungkin telah selesai.

Paling utama, perjanjian keterbatasan penggunaan senjata nuklear antara Rusia dan Amerika Syarikat akan berakhir pada Februari 2021, dengan lanjutan prospeknya masih samar.

Buat masa ini Britain, China, Perancis, India, Israel, Korea Utara, Pakistan, Rusia dan Amerika Syarikat memboikot gesaan tersebut, menolak untuk menandatangani perjanjian tersebut. Mereka berpendapat tindakan tersebut hanya meningkatkan lagi risiko konflik nuklear.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat