Bimbangkan Inflasi? CZ Dedahkan Solusi Bernas Cara Berhadapan Dengan Inflasi!

2,051

Jutawan kripto dan pengasas Binance, Changpeng CZ Zhao, telah mencadangkan kripto sebagai salah satu cara untuk melawan inflasi. Rakan jutawannya, Michael Saylor turut menyokong kenyataan tersebut yang berpandangan bahawa Bitcoin sebagai lindung nilai inflasi yang sempurna.

Dalam tweetnya baru-baru ini, jutawan kripto itu menegaskan bahawa inflasi adalah sesuatu yang sukar untuk dihadapai. Walau bagaimanapun, seseorang tidak perlu melawan inflasi jika mereka memiliki kripto.

CZ juga berkata, “Anda tidak boleh mengalahkan inflasi. Tetapi anda boleh melawannya apabila anda hanya mempunyai kripto”.

Penegasan itu menarik perhatian pengasas MicroStrategy – pelabur institusi terbesar dalam Bitcoin, Michael Saylor. Saylor menyatakan bahawa seseorang hanya perlu memiliki Bitcoin untuk kekal relevan dan tidak terjejas oleh inflasi.

“Layarkan kapal anda dengan Bitcoin anda dan biarkan angin inflasi membawa anda”, kata Michael Saylor.

Wacana dua jutawan kripto itu telah disahkan oleh statistik inflasi yang diterbitkan baru-baru ini. Berdasarkan data dari Biro Statistik Buruh, inflasi di Amerika Syarikat untuk Disember mencapai paras tertinggi hampir 40 tahun. Data menunjukkan tahun demi tahun, harga barangan pengguna meningkat 7% pada bulan Disember. Lonjakan ini didorong terutamanya oleh peningkatan kos tenaga, perumahan, kereta terpakai dan makanan.

Kenaikan sebanyak 7% menandakan kenaikan inflasi AS terpantas dari tahun ke tahun sejak 1982. Pada bulan Disember lalu, walaupun ia merupakan paras tertinggi yang baru dalam inflasi, akan tetapi ia bukanlah satu-satunya bulan yang telah mencatat angka inflasi yang membimbangkan. Kadar inflasi telah melebihi 5% untuk 8 bulan berturut-turut pada tahun lepas, dan berdasarkan ramalan ia mungkin akan terus meningkat pada tahun 2022.

Rizab Persekutuan telah bertindak balas terhadap kadar inflasi yang semakin meningkat, walaupun baru-baru ini ia berhenti menggambarkan keadaan itu sebagai sementara. Dalam kenyataan terbaru, pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan bahawa bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk memerangi inflasi. Powell memberi amaran bahawa Fed mungkin akan melakukan sehingga tiga kali kenaikan kadar faedah pada tahun 2022 jika melihat ia diperlukan.

“Jika kita melihat inflasi berterusan pada paras tinggi lebih lama daripada jangkaan maka kita perlu menaikkan kadar faedah lebih kerap dari masa ke semasa”, kata Powell.

Fed pertama kali mendedahkan rancangannya untuk menaikkan kadar faedah dalam minit mesyuarat yang diadakan pada bulan Disember. Dokumen itu menyebabkan beberapa kegawatan dalam pasaran kripto dan telah disebut sebagai salah satu sebab kejatuhan pasaran kripto baru-baru ini. Sejak minit mesyuarat dikeluarkan, Bitcoin telah jatuh daripada paras $46,000 kepada $39,000.

Ketidaktentuan harga Bitcoin yang mengiringi pengumuman Fed telah membuatkan beberapa pemerhati dalam pasaran tradisional mempersoalkan jika Bitcoin adalah lindung nilai inflasi yang boleh dipercayai.

Walau bagaimanapun, penyokong Bitcoin seperti Michael Saylor, Bill Miller, dan Ray Dalio, tidak meragui potensi pelindung nilai yang ditawarkan Bitcoin seperti yang ditunjukkan dalam strategi pelaburan mereka. Walaupun turun naik dalam jangka masa yang pendek, Bitcoin telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dalam jangka masa yang panjang. Inilah sebabnya mengapa lebih ramai pelabur institusi, individu berpendapatan tinggi, dan juga peniaga runcit menunjukkan peningkatan keutamaan pelaburan dalam Bitcoin berbanding mata wang fiat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat