Binance & CEO CZ Disaman CFTC AS, Harga BNB Derita!

260

“Macam mana agaknya rancangan CZ nak selesaikan masalah yang dia dah buat ni.”

Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Binance dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat gergasi exchanger kripto tersebut iaitu Changpeng Zhao (CZ) atas kesalahan melanggar peraturan perdagangan dan derivatif.

CFTC mendakwa sebahagian besar volum dagangan Binance dan keuntungannya adalah daripada pelanggan AS yang terbabit dalam pelbagai transaksi spot serta derivatif aset digital, di mana ia melibatkan komoditi perdagangan antara negeri pada platform syarikat itu.

Sementara badan pemantau kewangan didapati bukan sahaja menuduh Binance tidak membuat pendaftaran dengan CFTC dalam kapasiti malah mengabaikan undang-undang persekutuan penting untuk integriti pasaran kewangan AS.

Difahamkan bahawa pematuhan undang-undang tersebut adalah bertujuan untuk mencegah dan mengesan pengubahan wang haram termasuk keganasan.

Namun, CZ dan ahli pengurusan kanan Binance gagal mengawasi aktiviti syarikatnya dengan betul susulan mereka secara aktif memudahkan pelanggaran undang-undang AS.

Hal ini kerana pegawai, pekerja dan ejen Binance telah mengarahkan pelanggan AS menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk benarkan mereka berdagang di platform itu walaupun tidak serahkan bukti identiti dan lokasi.

Rentetan itu, badan kawal selia meminta mahkamah untuk mengenakan penalti kewangan sivil, larangan perdagangan ataupun disgorgement* ke atas Binance dan pihak berkaitan.

*Pembayaran balik keuntungan diperoleh secara haram yang dikenakan ke atas pesalah oleh mahkamah

Susulan berita berikut, harga Binance Coin (BNB) menjunam sebanyak 6.04% pada paras $309.04 daripada $328 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan volum dagangan $48 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat