Binance Ingin Kembali Berkuasa Semula Di Korea Selatan!

88

“Selalunya peluang ada satu kali je, tapi tak tahu la kalau bernasib baik.”

Setelah sekian lama menunggu untuk memasuki pasaran, syarikat gergasi exchanger mata wang kripto, Binance tidak lama lagi bakal memperoleh sepenuhnya bursa Korea Selatan, Gopax.

Gopax merupakan antara lima bursa aset digital terbesar di Korea Selatan diikuti dengan Coinone, Upbit, Corbit serta Bitsum.

Binance dilaporkan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengambil alih Gopax secepat mungkin, ulas wartawan blockchain Colin Wu.

Tambahnya lagi, syarikat tersebut turut meneroka pasaran Korea secara aktif tanpa henti agar perkhidmatannya mampu membangun dan berkembang di negara itu.

Semasa musim Krismas, Binance merancang membeli 41.2% pegangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gopax, Lee Jun-Haeng yang merupakan pemegang saham terbesar, namun hasratnya gagal berikutan terdapat perbincangan berkaitan pemerolehan itu.

Menurut Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance ingin kembali semula ke pasaran Korea Selatan selepas hampir dua tahun berdiam diri daripada melakukan sebarang pembaharuan di negara tersebut.

Hal ini berikutan kerana Binance dahulu harus menutup syarikat affiliate mereka di Korea Selatan ekoran terdapat perselisihan faham bersama pengawal selia tempatan.

Meskipun begitu, syarikatnya mengupah pengarah dan pekerja yang berpengalaman dalam know your customer (KYC) termasuk pemeriksaaan anti-pengubahan wang haram (AML) untuk memerangi isu itu daripada berlaku lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat