Binance Kembangkan Stablecoin BUSD Ke Rangkaian Polygon & Avalanche

138

Selepas penyediaan stablecoin Binance USD (BUSD) di Ethereum dan BNB Chain, exchanger kripto Binance bakal menjadikan stablecoin tersebut tersedia di rangkaian Avalanche serta Polygon pula.

Menurut Binance dan penerbit stablecoin Paxos, pedagang dan pengguna kripto sering berurus niaga dengan stablecoin BUSD untuk melindungi nilai daripada turun naik pasaran kripto.

Diperjelaskan, setiap unit BUSD disokong oleh dolar AS, malah token tersebut mencapai modal pasaran $20.6 juta dan menjadikannya berada pada kedudukan ketiga bersama kumpulan stablecoin yang lain, sementara Tether (USDT) bernilai $67 juta dan USD Coin (USDC) $50 bilion.

Walaupun Ethereum (ETH) melancarkan merge baru-baru ini bagi menurunkan penggunaan tenaga, rangkaiannya masih terhalang oleh transaksi yang perlahan dan mahal, berbanding Avalanche serta Polygon yang jauh lebih murah dan pantas.

Sebagai konteks, tindakan itu dibuat sejurus selepas Binance menyahsenarai stablecoin USDC, USDP dan TUSD dengan menukar deposit sedia ada kepada BUSD.

Justifikasinya, BUSD disokong fiat pada nisbah 1:1 oleh dolar AS, maknanya setiap unit BUSD yang dikeluarkan, Paxos akan memegang satu dolar AS sebagai rizab bank AS yang diinsuranskan FDIC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat