Binance Lancar Tiket NFT Untuk Kelab Bola Sepak Itali S.S Lazio

413

Binance, platform pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia telah melancarkan tiket NFT untuk perlawanan kelab bola sepak Itali S.S. Lazio dalam kejohanan Italian Serie A 2022-2023.

Fan Token Lazio telah ditubuhkan pada Oktober 2021 bersama Binance menjadi penaja T-shirt utama Lazio. Perjanjian penajaan bernilai $30.5 juta itu telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk bekerjasama selama dua tahun atau lebih daripada itu.

Pejanjian tersebut telah membolehkan Binance mula menjual tiket tunggal serta bermusim NFT untuk kelab itu.

Rentetan itu, pembeli tiket NFT akan dapat menonton perlawanan pasukan tuan rumah di stadium terkenal di Rom, Studio Olimpico.

Selain daripada mendapat akses ke stadium, pemegang ticket NFT akan menerima diskaun 10% untuk sebarang pembelian yang dibuat di kedai Lazio serta diskaun 20% untuk tiket perlawanan kelab Liga Eropah.

Peminat yang membeli tiket NFT juga layak untuk memenangi fan token dan mendapat akses ke beberapa acara eksklusif. Oleh itu, peminat Lazio perlu mendaftar ke akaun Binance serta melawat Binance Fan Token Platform untuk membuat pembelian tiket tersebut.

Marco Canigiani, Pengarah Pemasaran S.S. Lazio menyatakan kerjasama dengan Binance membolehkan S.S Lazio untuk mengubah dan mempengaruhi cara peminat berinteraksi dengan adanya pelbagai tawaran produk dari kelab sukan tersebut.

Sehubungan itu, bagi mengelak isu-isu seperti pemalsuan tiket dan penjualan tiket semula pada harga lebih tinggi daripada harga asal, teknologi tiket NFT Binance telah meningkatkan kredibiliti sistem tiket tersebut.

Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah kekacauan pada acara sukan penting tersebut daripada pemalsuan serta penjualan tiket semula tanpa kebenaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat