Binance Sah Bakar Lebih 5 Bilion Terra Classic (LUNC)!

488

Binance, kripto exchanger terbesar di dunia berjaya menghantar 5.59 bilion token Terra Classic (LUNC) ke burn address.

Dan yuran transaksinya adalah sebanyak 67.15 juta LUNC manakala kumpulan pertama yuran dagangan LUNC yang dibakar adalah dalam tempoh 21 September hingga 2 Oktober.

Difahamkan harga LUNC melonjak 5% selepas Binance mengumumkan bayaran dagangan burn pada pasangan dagangan spot dan margin LUNC ekoran komuniti Terra meluahkan kemarahannya terhadap cadangan “opt-in button”.

Walaupun kebanyakan pelabur menjangkakan Binance akan membakar 15 bilion setiap minggu, angka pembakaran pertama berada dalam jumlah sedikit.

Hal ini berikutan kerana para pelabur menggunakan program VIP Binance untuk berdagang dengan bayaran rendah dan pengiraan 0.1% dalam setiap yuran transaksi.

Sementara itu, pengasas Gokhshtein Media David Gokhstein dilaporkan telah menunjukkan minatnya terhadap LUNC selepas menjadi pengkritik sejak sekian lama.

Buktinya, beliau membuat tweet membandingkan LUNC dan Shiba Inu (SHIB) dan yakin bahawa mata wang kripto yang mempunyai utiliti bakal memberi kejayaan kepada aset digital tersebut.

Dalam pada itu harga LUNC melonjak melebihi 5% untuk mencapai paras tertinggi $0.00035 dalam tempoh 24 jam lalu.

Komuniti Terra Classic pula menyasarkan untuk meningkatkan kadar pembakaran dan Binance membakar lebih 5.5 bilion token termasuklah kadar pembakaran telah meningkat kepada 464,564,401 LUNC burn setiap hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat