Binance Smart Chain (BSC) Jadi Sasaran, RM52.2 Juta Bitcoin (BTC) Dicuri Dari pNetwork!

1,383

Giliran pNetwork pula menjadi mangsa penggodaman terbaru sehingga mengakibatkan kehilangan Bitcoin (BTC) sehingga lebih $12 juta!

Dalam twit terbaru yang dimuatnaik pada hari ini, pNetwork menjelaskan protokol mereka di Binance Smart Chain (BSC) telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab menyebabkan sebanyak 277 BTC dicuri sekelip mata.

277 BTC menyamai $12.4 juta, bersamaan RM52.2 juta!

Untuk pengetahuan, pNetwork merupakan platform DeFi yang menghubungkan pelbagai blockchains, sekaligus menangani isu keserasian teknologi desentralisasi.

pNetwork menawarkan pengguna untuk menghasilkan wrapped BTC, pBTC melalui pendepositan Bitcoin ke dalam rangkaiannya. pBTC berfungsi sebagai alternatif Bitcoin di mana-mana blockchain yang serasi dengan Ethereum Virtual Machine (EVM).

Dikatakan penggodaman tersebut berpunca dengan kehadiran pepijat. Namun, tidak dijelaskan sejauh mana pasukan mereka mengendalikan isu tersebut.

Namun, pihak mereka telah menawarkan penggodam ganjaran sebanyak $1,500,000 jika aset yang dicuri dipulangkan dalam kadar segera.

Susulan daripada insiden tersebut, token PNT menyaksikan kejatuhan nilainya sehingga lebih 18% dalam 24 jam dan didagangkan pada $0.97 ketika artikel ini ditulis.

Ini bukanlah penggodaman pertama yang berlaku. Terdahulu, Poly Network berputih mata apabila aset kripto bernilai RM2.5 bilion lesap sekelip mata, menjadikan insiden tersebut sebagai yang terburuk dalam sejarah kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat