Binance Tamatkan Kerjasama Dengan WazirX? Ini Yang Berlaku!

148

Binance, platform pertukaran kripto terbesar dunia melaporkan pemberhentian saluran pemindahan dana luar rantaian dengan WazirX bermula pada 11 Ogos.

Tindakan tersebut adalah disebabkan beberapa pengguna mendakwa dana yang disimpan dalam WazirX diuruskan oleh pihak Binance.

WazirX merupakan platform pertukaran kripto terbesar di India dengan entiti induk, Zanmai Labs Pvt Ltd. Platform tersebut dikatakan mendapat lesen untuk memproses transaksi rupee yang diperoleh pada 2019.

Tindakan pengawalseliaan terhadap Zanmai Labs Pvt Ltd oleh Enforcement Directorate (ED) India pada baru-baru ini telah membawa kepada pertelingkahan berhubung pemilikan pertukaran kripto, WazirX.

WazirX sebelum ini dilaporkan berdepan dakwaan penggubahan wang haram, dan aset bank platform kripto tersebut telah dibekukan dengan nilai anggaran lebih $8 juta.

CEO Binance, Changpen Zhao “CZ” pernah menjelaskan bahawa Binance tidak memiliki kepentingan dalam firma induk WazirX, Zanmai Labs. Namun begitu, pemilik Zanmai Labs yakin perjanjian tersebut telah selesai pada 2019.

Binance telah mengeluarkan saluran pemindahan dana luar rantaian antara dua bursa kripto untuk memberikan penjelasan mendalam dan melindungi pengguna.

Sesetengah pengguna juga membuat tuntutan bahawa Binance menguruskan deposit dana WazirX tetapi dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata.

Oleh itu, Binance akan menghentikan pemindahan dana luar rantaian melalui pilihan “Login with Binance”. Namun, pengguna masih boleh menggunakan standard withdrawal tersebut serta proses untuk mendeposit atau mengeluarkan dana.

Selain itu, CZ pernah menyatakan bahawa mereka boleh memilih untuk menutup domain, tetapi perkara tersebut tidak akan dibuat kerana akan menyusahkan pengguna.

Sebagai respon, pengasas WazirX mendakwa kata-kata CZ adalah bukti bahawa mereka memiliki WazirX.

CZ juga telah menggesa pengguna untuk mengeluarkan dana mereka di WazirX dan memindahkan dana ke Binance atau wallet lain. Tambahnya lagi, CZ juga mendakwa bursa kripto India tidak memberi kerjasama dengan Binance dan Enforcement Directorate.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat