Binance Tarik Balik Permohonan Operasi, Adakah Ini Pengakhiran Binance Di Singapura?

2,221

Sebagaimana yang komuniti kripto telah sedia maklum sebelum ini bahawa bursa perdagangan kripto terbesar Binance di dunia secara umumnya telah membuat pengumuman untuk terus memposikan kehadiran mereka di Asia dengan menubuh hab inovasi blockchain di Singapura.

Sebelum ini syarikat tersebut telah memberi kerjasama penuh dengan menghantar permohononan lesen operasi di Singapura. Walaubagaimanapun, pada hari ini, Binance mengumumkan untuk menarik balik permohonannya dan Binance.sg akan menutup operasinya pada 13 Februari 2022, kerana semua akaun akan ditutup pada tarikh tersebut.

Dengan kata lain pada tarikh tersebut, entiti itu tidak lagi membenarkan pendaftaran pengguna baharu, manakala akaun yang belum melepasi KYC akan digantung. Pelanggan boleh terus membeli dan menjual bitcoin dan altcoin dengan menggunakan aset sedia ada mereka sehingga 12 Januari 2022.

Dalam masa yang sama, pengguna mesti menutup akaun mereka pada tarih tersebut. Selepas tarikh itu, mereka tidak lagi mempunyai akses kepada pegangan mereka.

Pengumuman ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pemain pasaran dengan sebahagiannya menzahirkan kekesalan bahawa acapkali proses pengawalseliaan telah menyusahkan pemain industri untuk beroperasi secara rasmi. Selain itu pertanyaan besar yang timbul adalah adakah ini pengakhiran peranan Binance di Singapura?

Harus diketahui bahawa Binance sedang menyasarkan untuk mewujudkan pusat blockchain di Singapura melalui Perkhidmatan Binance Asia (BAS). Langkah itu dijangka meningkatkan ekosistem kripto global. Selaras dengan misinya, Binance akan meneroka pelbagai inisiatif berpangkalan di Singapura, seperti pendidikan blockchain, program inkubasi dan peluang pelaburan selanjutnya.

Philbert Gomez, Naib Presiden Industri Digital Singapura (DISG) – mengulas:

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Binance untuk membangunkan ekosistem blockchain yang akan memberi manfaat kepada rakyat Singapura dan syarikat yang berpangkalan di Singapura untuk mencipta inovasi bertaraf dunia untuk rantau ini dan di peringkat global.”

Hal ini bukan sesuatu yang baharu, Binance telah melancarkan inisiatif serupa di Eropah. Pada bulan November, ia bergabung dengan France Fintech dan mencipta projek blockchain bernilai $116 juta.

Disamping itu, Binance telah mengambil langkah awal dengan melabur dalam Hg Exchange yang berpangkalan di Singapura, memperoleh 18% pemilikan saham dalam syarikat tersebut.Dengan keputusan untuk menutup operasi, pengguna Binance Singapura akan mendapat e-mel serta arahan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh pengguna.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat