Binance Umum Luaskan Pengaruh Ke Jepun! Pelabur Teruja Untuk Lihat Perkembangan Lanjut Ini!

103

Bursa kripto terbesar di dunia Binance pada hari ini melaporkan bahawa Binance secara sah telah memperoleh 100% ekuiti daripada Sakura Exchange BitCoin (SEBC). Pengambilalihan itu menandakan kemasukan Binance ke dalam pasaran Jepun sebagai entiti dikawal selia Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun (JFSA).

Binance bersetuju secara aktif mematuhi pengawal selia dan memastikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna tempatan. Dalam masa yang sama, Binance secara tidak langsung membantu Jepun mengambil peranan utama dalam pasaran kripto dan menyokong persekitaran global yang lebih telus dalam pasaran kripto.

Pertukaran kripto Binance telah memasuki semula pasaran Jepun dengan pemerolehan pertukaran kripto berlesen Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun (JFSA) Sakura Exchange BitCoin pada 30 November.

Difahamkan bahawa Binance telah cuba untuk mendapatkan lesen operasi di Jepun sejak September di tengah-tengah dorongan pengembangannya di Asia. Jepun juga telah melonggarkan peraturan selepas usaha berterusan Perdana Menteri Fumio Kishida berhasrat untuk memudahkan peraturan kripto bagi mengukuhkan ekonomi Jepun.

Menurut Takeshi Chino, pengurus besar Binance Japan,”Pasaran Jepun akan memainkan peranan penting dalam penggunaan mata wang kripto pada masa depan,”. Beliau percaya Jepun adalah salah satu ekonomi terkemuka dunia dengan ekosistem teknologi yang sangat maju. Malah, Jepun telah pun mendorong usaha untuk pembangunan blockchain.

Persatuan Pertukaran Aset Maya dan Kripto Jepun (JVCEA) juga memudahkan penyenaraian token dan kemasukan pasaran untuk syarikat asing dan bursa kripto seperti Binance. FTX memperoleh lesen untuk menyediakan perkhidmatan kripto untuk pelanggan Jepunnya pada bulan Jun.

Dalam pengumuman berasingan, Binance menggantung pendaftaran pengguna baharu dengan Binance.com berkuat kuasa dari 2022-11-30 08:00 (UTC). Walau bagaimanapun, pengguna sedia ada tidak akan terjejas dan boleh terus menggunakan produk dan tawaran perkhidmatan di Binance.com.

Ini mungkin bermakna bahawa pengguna baharu akan ditambahkan ke Sakura Exchange BitCoin (SEBC). Pasukan SEBC akan berintegrasi secara beransur-ansur ke dalam Binance. SEBS kini menyokong 11 pasangan dagangan: BTC/JPY, ETH/JPY, BCH/JPY, XRP/JPY, LTC/JPY, ETC/JPY, XEM/JPY, MONA/JPY, ADA/JPY, XYM/JPY dan COT/ JPY.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat