Bitcoin Bakal “Go” Sehingga $250,000! – Tim Draper

234

Sungguhpun pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik disebabkan krisis FTX, Tim Draper, pemodal teroka jutawan Amerika Syarikat (AS) sepenuhnya percaya bahawa ibu segala mata wang kripto, Bitcoin (BTC) bakal melakukan pendakian semula.

Terdahulu, Draper meramalkan aset digital tersebut mampu menembusi zon harga $250,000 menjelang akhir tahun 2022, namun ramalannya meleset setelah harganya kini masih di bawah paras $17,000.

Meskipun begitu, beliau sungguh yakin BTC akan mencapai harga $250,000 selepas pasaran kripto kembali pulih dan golongan wanita pula akan mula memanfaatkan mata wang kripto dalam aktiviti membeli-belah ekoran mereka dilaporkan menyumbang 80% daripada jumlah perbelanjaan runcit.

Malah, jumlah wanita yang mengawal wallet BTC turut meningkat dua kali ganda pada 16.6% berbanding sebelum ini sebanyak $7.14%.

Selain daripada itu, Draper juga menyatakan sebab lain yang mampu mendorong aset digital tersebut mendaki tinggi.

Antaranya adalah para pedagang atau syarikat seperti pasaraya Afrika Selatan yang menerima BTC dan kripto lain sebagi pilihan pembayaran sudah semakin meningkat walaupun BTC telah menyusut lebih 75% daripada paras tertingginya $70,000 pada 2021.

Dalam pada itu, beliau meluahkan hasratnya untuk meneroka lagi tentang kripto dan mungkin akan bertindak menguji sistem pendapatan asas (UBI) atau cukai berasaskan BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat