Bitcoin Berada Pada Tangga Ke-9 Aset Paling Berharga Di Dunia!

1,461

Bitcoin yang merupakan aset kripto terbesar di dunia kini lebih berharga daripada syarikat gergasi Facebook dan Tesla. Jumlah pasaran Bitcoin telah melepasi $ 870 bilion pada hari Selasa selepas melonjak 20% yang didorong oleh pelaburan Tesla ke dalam matawang kripto sebanyak $ 1.5 bilion.

Jumlah capaian pasaran Tesla pula adalah sekitar $814 bilion. Saham Tesla melonjak hampir 500% dalam 12 bulan terakhir. Jumlah pasaran Facebook pula adalah sekitar $760 bilion dan saham Facebook telah meningkat sekitar 25% sejak awal tahun 2020.

Pendedahan Tesla bahawa syarikat itu melabur $ 1.5 bilion ke dalam matawang kripto telah menggegarkan media dan menjadi topik paling panas di Twitter. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk secara individu menyokong penuh kripto dengan mengemas kini bio Twitter beliau dengan tag Bitcoin.

Selain Bitcoin, matawang kripto lain termasuk Ethereum, Cardano, Polkadot dan Litecoin mencatat kenaikan yang kukuh dalam 24 jam terakhir. Ethereum mencapai paras tertinggi sepanjang masa $ 1,770 selepas pelancaran niaga hadapan CME’s Ethereum.

Kripto semakin mendapat perhatian firma pelaburan terkemuka dalam beberapa bulan terakhir setelah lonjakan permintaan dari kalangan institusi. Selanjutnya, Facebook dijangka akan melancarkan matawang kripto mereka sendiri iaitu Diem pada tahun 2021.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat