Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) Pecah Rekod Lagi!

3,879

Terukir senyuman di wajah hodler pada hari ini, selepas Bitcoin (BTC) sekali lagi menembusi paras ketinggian terbaru sepanjang masa pada $68,400 ketika artikel ini ditulis.

Ini menjadikan permodalan pasaran untuk BTC meningkat mencapai tangga ke-8 carta, sekali gus mengatasi Tesla dan Meta (Facebook).

Peningkatan ini juga mendorong keseluruhan jumlah permodalan pasaran kripto mencecah nilai $3 trilion.

Pelancaran ETF Bitcoin oleh Proshares baru-baru ini adalah merupakan salah satu faktor yang masih mempengaruhi lonjakan harga BTC sehingga mencapai paras ketinggian terbaru hari ini.

Selain itu, berita baik daripada Mastercard turut menambah faktor sokongan buat raja matawang kripto itu.

Terbaru, Mastercard mengumumkan ia telah melancarkan kad pembayaran yang dibiayai oleh matawang kripto di Asia-Pasifik dengan kerjasama Amber Group dan Bitkub di Thailand, dan Coinjar di Australia.

Bukan itu sahaja, malah, perkhabaran positif yang mengatakan kerajaan Zimbabwe yang sedang berunding dengan pasaran swasta untuk melaksanakan perkhidmatan pembayaran kripto secara sah, juga menyokong pengukuhan harga BTC.

Selain BTC, Ethereum (ETH) juga berjaya menerobos paras ketinggian terbaru sepanjang masa pada $4,817 ketika penulisan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat