Bitcoin (BTC) Mungkin Mesra Poket, Tapi Tak Mesra Alam!

179

‘Antara 2, sama ada kaya dengan sumber asli atau kaya dengan teknologi digital.’

Aktiviti perlombongan (mining) menyebabkan peningkatan 41% dalam penggunaan tenaga tahun ke tahun, seterusnya menambah potensi campur tangan pengawal selia untuk mengekang kegiatan tersebut.

Menerusi laporan suku ke-3 2022 oleh Bitcoin Mining Council (BMC), aktiviti mining Bitcoin (BTC) menggunakan 0.16% daripada pengeluaran tenaga global dan menghasilkan 0.10% pelepasan karbon dunia.

Perkara ini menurut BMC adalah peningkatan baik dalam kecekapan serta kemampanan penggunaan tenaga untuk aktiviti mining dan menganggap pelepasan gas tersebut sebagai ‘boleh diabaikan’.

Sungguhpun begitu, masih terdapat peningkatan jumlah guna tenaga BTC apabila kadar rangkaian hash-rate* melonjak 8.34% pada Q3 dan 73% tahun ke tahun walaupun berlaku kekurangan penghasilan blok ekoran penurunan harga.

*Kadar pengukur kepantasan pengiraan prestasi setiap saat dalam aktiviti mining.

Menurut firma penganalisis blockchain, Glassnode pula peningkatan hash-rate tersebut berlaku ekoran kecekapan perisian mining dari pelombong dengan kunci kira-kira yang besar.

Selain itu, firma turut mengatakan kecekapan mining BTC telah meningkat 23% tahun ke tahun dan perkara ini menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga yang seterusnya menambah potensi penyekatan oleh pengawal selia.

Umumnya, aktivis alam sekitar sering menyuarakan bantahan kepada aktiviti mining kerana ia menggunakan tenaga tinggi dan memberi kesan kepada alam di masa hadapan.

Rentetan itu, pengawal selia yang ditugaskan untuk mengawasi aktiviti kripto termasuk mining dengan merancang untuk mengeluarkan rangka kerja yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Antara rangka kerja baharu diperkenalkan adalah European Green Deal dan REPowerEU Plan yang di reka oleh Kesatuan Eropah (EU) ekoran isu bekalan tenaga hasil daripada kesan sekatan dari Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat