Bitcoin Dalam Keadaan Parah, Bank Ketiga Terbesar China Ingin Haramkan Penggunaan Kripto?

4,399

Harga Bitcoin telah jatuh ke paras terendah dua minggu lebih kepada $ 32,000 berikutan banyak sentimen negatif yang datang dari China. Pada hari minggu, pasaran telah dikejutkan dengan 26 pusat perlombongan Bitcoin (BTC) di Sichuan, yang merangkumi aktiviti perlombongan tertinggi dilaporkan telah diarah tutup oleh pihak berkuasa tempatan.

Perkara ini juga memberi kesan kepada kadar hashrate Bitcoin. Sentimen negatif dari China itu tidak terhenti di situ, pada hari ini mula muncul FUD bahawa salah satu bank terbesar milik kerajaan dilaporkan melarang pelanggannya berurusan dengan sebarang aset digital.

Berdasarkan laporan, Bank Pertanian China telah mengeluarkan kenyataan yang melarang para pelanggannya melakukan perniagaan dengan matawang kripto. Bank Pertanian China merupakan salah satu bank terbesar di dunia secara umumnya, justeru sama ada berita ini ada FUD atau benar ia mempengaruhi pasran.

Berdasarkan kenyataan awal, akaun pelanggan akan ditamakan serta merta sekiranya pelanggan didapati melakukan transaksi menggunakan kripto.Bank juga merancang untuk melaporkan semua transaksi yang mencurigakan kepada pihak berwajib.

Dengan ini, dapat dilihat bahawa tindakan China lebih agresif kerana ia juga mensasarkan perlombongan Bitcoin dengan melarang operasi tersebut dari beroperasi. Komuniti kripto berpendapat bahawa ini adalah strategi pihak berkuasa untuk kripto CBDC. Perlu diingatkan bahawa Bank Pertanian China antara bank yang terlibat dalam projek yuan digital.

Susulan berita ini, BTC telah kehilangan $2000 menybebabkan paras harga menjunam ke parasa $32,300. Namun setelah beberapa jam laporan dikeluarkan, kenyataan yang dikeluarkan di Twitter itu telah dipadam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat