Bitcoin Dan Etherium Melonjak Ke Paras Tertinggi Pada Isnin

149

Bitcoin mencapai paras tertinggi terbaru pada harga $3,000 pertama kali pada sesi dagangan awal minggu ini, manakala Etherium juga meningkat ke paras tertinggi berikutan sentimen positif masa hadapan ‘cryptocurrency‘.

Bitcoin mencapai paras $3,000 dalam indeks tukaran GDAX di US yang merupakan paras tertinggi terbaru. Kali terakhir matawang ini didagang di sekitar $2,944 dan naik $64.00 atau 2.2% setakat hari ini.

Selain itu, indeks tukaran seperti Poloniex, Biffinex dan BitStamp juga menunjukkan cryptocurrency ini berada di sekitar $3,000 pada awal Isnin.

Sejak awal tahun ini, harga bitcoin telah pun melonjak sehingga 200% yang membawa kepada nilai pasaran sehingga $48 billion.

Kenaikan baru-baru ini banyak dipengaruhi oleh permintaan tinggi di Asia khususnya Jepun, China dan Korea Selatan.

Tren kenaikan yang terus positif dalam dagangan cryptocurrency memeberi kesan positif kepada satu lagi jenis matawang maya ini iaitu Etherium. Etherium pula telah meningkat ke paras tertinggi $379.00 pada Isnin. Ini menunjukkan kenaikan sebanyak 3,000% sejak setahun lepas.

Etherium hanya didagang dengan nilai $14.39 setahun yang lepas. Kini Etherium didagang di sekitar $396.67 setakat pukul 10.10 malam pada Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat