Bitcoin Dijangka Perlukan Tempoh Lebih Lama Untuk Melonjak?

1,006

Jangkaan lonjakan harga bitcoin secara mendadak setelah dilihat mengalami penyesuaian teknikal beberapa minggu yang lalu, berekmungkinan perlu menunggu tempoh lebih lama, berbulan atau mungkin beberapa tahun lagi.

Bitcoin telah didagangkan dalam julat dagangan yang semakin mengecil setelah melepasi tahap yang disebut ‘halving’ ketiga pada 11 Mei, yang mana mengurangkan nilai yang diberikan kepada mereka yang melombong bitcoin baru, dari nilai 12.5 BTC kepada 6.25 BTC.

Malah terdapat juga anggapan ke atas bitcoin mungkin akan melonjak naik, sama seperti yang telah berlaku selepas dua penyesuaian sebelum in berikutan proses ‘halving’ telah mengurangkan penawaran syiling digital tersebut.

Matawang maya itu telah meningkat 11% sejak penyesuaian tersebut tetapi telah mencatatkan lebih penurunan berbanding peningkatan. Penganalisis berkata secara keseluruhannya momentum teknikal adalah negatif. Sebaliknya, bitcoin meningkat lebih daripada 40% sejak Januari 2020 sehingga ‘halving’.

Pada Khamis, bitcoin berada pada paras $9,783. Ia berjaya melepasi paras $10,000 sebanyak dua kali selepas ‘halving’ tetapi kembali menurun semula setelah menghadapi tentangan sukar pada resistance tersebut.

Ketua trading di NEM Ventures, Nicholas Pelecanos menjelaskan bitcoin sedang berada dalam paras yang tidak menentu, antara bull dan bear. Namun, beliau menekankan bahawa data rangkaian bitcoin menurun berbanding lonjakan dengan jangkaan akan berlaku lanjutan jualan jangka pendek. Dalam masa terdekat, ramai pelabur menjangkakan peningkatan harga.

Pada ‘halving’ pertama November 2012 telah mendorong kepada peningkatan bitcoin dari nilai sekitar $10 kepada $1,160 dalam tempoh 12 bulan. ‘Halving’ kedua pula, Julai 2016 menyaksikan peningkatan bitcoin lebih dari 300%, $650 kepada $2,800 dalam jangka masa yang sama. Ini menunjukkan pelabur perlu menunggu 12 bulan untuk mengaut keuntungan pergerakan harga “post-halving”.

Pengarah pengurusan Grayscale, Michael Sonnenshein berkata pelaburan dalam matawang digital menerima momentum dan perhatian yang tinggi terutama untuk berhadapan sebarang kemungkinan seperti pandemik, tekanan politik dan jumlah pakej ransangan yang dikeluarkan untuk ekonomi dunia.

 

Anda mungkin juga berminat