Bitcoin Diramal Melonjak Pada Awal 2023?

617

Ibu segala mata wang kripto, Bitcoin (BTC) kini sedang berada dalam fasa pembetulan harga sama seperti kripto lain susulan keadaan bearish yang kekal berlarutan sepanjang tahun ini.

Namun begitu, harga BTC yang menjunam berterusan telah membuatkan keadaannya tidak serupa dengan aset digital lain.

Ini sebenarnya merupakan kesan Federal Reserve (Fed) yang bertindak menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi namun ia memberi kesan yang mendalam kepada BTC sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rentetan itu, pengarah makro global Fidelity, Jurrien Timmer menjangkakan bahawa situasi akan bertukar pulih apabila Fed mula membuat pelonggaran dasar dijangka pada awal tahun 2023 yang berkemungkinan berterusan untuk tempoh dua tahun dan boleh mendorong harga BTC melonjak kembali.

Secara rekod, kejatuhan pasaran kripto berpanjangan telah mengakibatkan BTC mencecah ke paras yang agak membimbangkan temasuklah bilangan whales yang memegang aset digital semakin berkurangan.

Suka dimaklumkan bahawa whales BTC telah memegang bekalan terendah dalam tempoh tiga tahun lalu, manakala peningkatan address yang memegang 0.1 hingga 10 BTC turut berlaku pada waktu sama.

Sementara itu, BTC membuat lonjakan sedikit pada bulan lepas dengan mengatasi semua aset pasaran kecuali index kekuatan dolar (DXY).

Menurut Rayne Steinberg, Ketua Pegawai Eksekutif firma pelaburan kripto Arca menyatakan bahawa pasaran bearish BTC semakin hampir ke penghujung setelah bergelut mencapai zon harga $23,000 sejak dua bulan lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat