Bitcoin: Ini Antara Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

404

Matawang bitcoin adalah berbeza dengan matawang yang selalu kita gunakan, justeru ada beberapa perkara yang harus kita fahami. Tidak seperti wang yang dikeluarkan oleh kerajaan yang berhadapan dengan inflasi, penawaran bitcoin hanya diterhadkan kepada 21 juta bitcoin sahaja dan ini tidak boleh diubah.

Bitcoin adalah satu bentuk mata wang digital yang dicipta dan digunakan secara elektronik dan ia tidak dikawal oleh mana-mana regulator atau badan penguatkuasa pasaran kewangan.

Cryptocurrency adalah kategori wang yang semakin banyak dikenali dan digunakan dalam perdagangan sejak akhir-akhir ini.

Bitcoin diperkenalkan di internet pada tahun 2009 oleh kriptografi yang memakai nama samaran ‘Satoshi Nakamoto’ yang berasal dari Jepun. Dia berkemungkinan sekumpulan orang dan tidak semestinya individu. Sehingga kini identiti sebenar masih belum diketahui.

Pada jam 6.25 p.m hari ini, harga satu bitcoin mencecah $4,000 dan telah beredar dalam dunia maya dengan modal pasaran berjumlah $66 billion.

Permintaan untuk Bitcoin semakin meningkat sejak dua tahun ini. Berbanding tahun lepas harga satu bitcoin hanyalah bernilai $500, kemudian meningkat kepada $2800/1BT dalam bulan Jun tahun ini. Jatuh kepada $1900/1BT pada bulan julai. Ini menggambarkan harga bitcoin yang bersifat turun-naik (volatile).

Perkara penting tentang Bitcoin

– Bitcoin menggunakan teknologi peer-to-peer untuk beroperasi, tanpa autoriti pusat atau bank pusat.
– Kebimbangan kerajaan terhadap bitcoin adalah disebabkan ada salah guna transaksi berkaitan jenayah.

Bagaimana Gerak kerja Bitcoin?

Dari sisi pandang pengguna, Bitcoin tidak lebih dari program komputer yang menyediakan dompet Bitcoin dan membolehkan pengguna untuk mengirim dan menerima bitcoin. Dikenali sebagai BlockChain iaitu salah satu wallet digital bagi menyimpan Bitcoin dan urusan transaksi keluar masuk. BlockChain adalah satu-satunya wallet digital yang banyak digunakan oleh pemilik Bitcoin di seluruh dunia.

Dianggarkan bahawa pengguna bitcoin sebanyak 10 juta pengguna, separuh daripada mereka menggunakannya untuk tujuan pelaburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat