Bitcoin Kembali Beraksi, Harga Bitcoin Naik Daripada Paras Terendah 2 Bulan Lalu

87

Harga bitcoin kembali pulih selepas mengalami kejatuhan 20% berikutan pelan penambahbaikan perisian dibatalkan. Kejatuhan ini bertambah buruk apabila pelabur dan penggali bitcoin beralih arah daripada pelaburan bitcoin kepada bitcoin cash dan segelintir beralih kepada pelaburan Ethereum. Hal ini menyebabkan harga bitcoin cash dan ethereum naik dalam pasaan.

Setakat ini harga bitcoin telah naik keparas $6549.8 bagi satu bitcoin iaitu meningkat menghampiri 10% atau $700.

Harga bitcoin jatuh keparas terendah 2 bulan lalu iaitu $5427 pada hari Ahad disebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap matawang digital itu apabila penambahbaikan perisian SegWit2x dibatalkan.

Menurut penganalisis, mereka yang bertanggungjawab dalam pengendalian matawang bitcoin harus segera menyelesaikan masalah ini selepas perlaksanaan fork dibatalkan, agar pasaran tidak terus meneka.

Jika tidak, ia akan mengurangkan keyakinan pelabur terhadap pasaran. Malah bukan itu sahaja, isu ini mungkin menghantar industri itu ke kancah yang lebih berbahaya.

Fork juga dikenali dengan nama SegWit2x. Penambah baikan perisian ini adalah untuk mengatasi masalah jaringan bitcoin yang terhad dalam mengendalikan transaksi harian. Selain itu juga untuk memperbaiki kelajuan perlaksanaan transaksi iaitu jual beli dalam sistem blockchain.

Kejatuhan harga bitcoin juga menyebabkan pelabur beralih arah kepada matawang crypto lain.

Bitcoin Cash mencapai paras tertinggi iaitu pada $2790.00 sebelum jatuh kepada paras $1303.50 iaitu kejatuhan sebanyak 4.15% setakat jam 3.05 petang.

Ethereum yang merupakan matawang-crypto kedua yang paling bernilai selepas bitcoin mencatat pertumbuhan $2.18% kepada $322.32 bagi satu ethereum setakat jam 3.05 petang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat