Bitcoin Kembali Meroket Menguji Paras $17k! Ini 2 Faktor Yang Membangkitkan Harapan Pasaran

569

Dalam tempoh 24 jam ini, pasaran kripto telah menunjukkan turun naik yang ketara. Bitcoin (BTC) pada awalnya telah jatuh di bawah $16K sebelum melonjak semula ke arah $17K kemudian, diikuti oleh mata wang kripto yang lain.

2 faktor yang telah mempengaruhi dorongan harga pada hari ini iaitu kenyataan daripada CZ dan Elon Musk.

Harga Bitcoin melalui sedikit rollercoaster sepanjang 24 jam yang lalu. Keadaan itu kelihatan agak suram sehingga beberapa jam yang lalu, kerana mata wang kripto menuju ke bawah iaitu didagangkan di bawah paras $16K.

Di Binance, BTC mencapai paras terendah dalam sehari pada sekitar $15,800. Ini berlaku sebelum kenyataan yang dikeluarkan oleh CZ dan Elon Musk. etua Pegawai Eksekutif Binance mendedahkan bahawa syarikatnya akan menerajui “dana pemulihan industri” bertujuan untuk membantu projek yang kukuh namun sedang mengalami krisis kecairan. Waima begitu beliau tidak memberi rincian mengenai kriteria yang memenuhi piawaian mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao, mendedahkan bahawa syarikatnya akan membentuk kumpulan pemulihan industri dalam usaha untuk mengurangkan kesan negatif yang berkaitan dengan kejatuhan FTX. CZ juga mengalu-alukan peserta industri lain yang ingin melabur bersama.
Ini mempunyai kesan yang sangat positif ke atas keseluruhan pasaran, kerana harga Bitcoin melonjak kepada hampir $17,000.

Pada masa yang sama, Elon Musk berkata bahawa Bitcoin akan terus kekal relevan. Pandangan beliau ini didedahkan selepas ditanya mengenai di mana BTC akan berada dalam satu tahun dari sekarang.

Kebanyakan altcoin terkemuka turut diikuti, mencatatkan keuntungan harian dalam julat antara 1% dan 5%. ETH meningkat kira-kira 2.7%, BNB – sebanyak 1.6%, dan seterusnya. Solana melonjak sebanyak 7.7% dalam tempoh 24 jam yang lalu dan MATIC juga meningkat sekitar 4.4%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat