Bitcoin Lakukan Penerjunan ‘Gila’, Tindakan Kerajaan Jerman Cemaskan Pelabur Kripto!

421

Baru-baru ini, tindakan kerajaan Jerman yang menjual Bitcoin bernilai ratusan juta dolar telah menjadi faktor utama di sebalik kejatuhan mendadak mata wang kripto itu.

Tindakan pihak berkuasa Pejabat Polis Jenayah Persekutuan Jerman (BKA) yang menjual 900 Bitcoin pada bulan Jun bernilai kira-kira $52 juta itu merupakan hasil rampasan besar-besaran daripada laman web cetak rompak yang kini tidak lagi beroperasi.

Minggu lepas, kerajaan Jerman menjual 3,000 Bitcoin tambahan yang bernilai kira-kira $172 juta dan Isnin (semalam) polis Jerman menjual lagi 2,739 mata wang kripto gergasi itu yang berharga $155 juta.

Pihak berkuasa itu telah menjalankan aktiviti dagangan kriptonya di platform Coinbase, Bitstamp dan Kraken.

Sementara itu, Bitcoin telah menyaksikan kejatuhan mendadak ke paras terendah sekitar $53,000 pada Jumaat iaitu posisi pada Februari 2024.

Melihat ke arah sentimen pasaran keseluruhan, mata wang kripto telah kehilangan lebih daripada $170 billion dalam tempoh 24 jam.

Walau bagaimanapun, jualan besar-besaran oleh Jerman bukanlah satu-satunya kebimbangan untuk para pelabur kripto. Ia juga mengalami tekanan hasil daripada pembayaran mata wang digital yang bernilai berbilion dolar daripada bursa Bitcoin iaitu Mt. Gox yang muflis pada 2014.

Perubahan harga yang ketara sejak dua menjak ini mencatatkan edaran sekitar 19.7 juta Bitcoin yang bernilai $1.1 trilion dalam pasaran kripto.

Namun, para pelabur kini lebih memberi fokus pada kesan daripada jualan tersebut ke atas mod semasa pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat