Bitcoin Pulih Semula Selepas Menjunam 6% Pada Isnin

52

Harga matawang digital bitcoin membuat kenaikan semula pada Selasa selepas mengakhiri sesi sebelum ini dengan kejatuhan 6% pada Isnin. Hal ini berikutan aktiviti pengambilan untung oleh sesetengah pelabur yang memegang bitcoin.

Dalam indeks tukaran matawang Bitcoin yang berpangkalan di US, harga semasa matawang digital ini naik 2.97% setakat pukul 7.40 malam pada Selasa.

Harga bitcoin mencapai paras tertinggi $7,595.00 pada Ahad yang merupakan paras tertinggi sejak sembilan tahun lalu sebelum membuat penurunan.

Bitcoin hanya bermula dengan harga $1,000 awal tahun ini dan setakat ini telah mencecah harga di sekitar $7,000. Ini merupakan peningkatan 600% dalam masa kurang dari setahun.

Pelabur masih berpendapat ia akan kekal membuat kenaikan selepas operator terbesar pasaran hadapan CME Group mengumumkan pelancaran niaga-hadapan bitcoin tahun ini. CME ketika ini sedang menunggu lampu hijau daripada regulator di US.

Pada awal Selasa, Pengerusi CME Group, Leo Melamed berkata bitcoin akan menjadi satu ‘kelas aset’ yang baru dan boleh didagang di bawah kawal-selia regulator.

Niaga-hadapan (futures) akan membenarkan pelabur-pelabur menjual bitcoin, membolehkan ia didagang dalam dua-hala (jual atau beli). Hal ini akan menarik pelabur-pelabur dari institusi kewangan dan bukan sahaja menarik spekulator.

Industri kewangan mulai menerima Bitcoin dengan pengumuman oleh CME minggu lalu. Sebelum ini Goldman Sach juga mempertimbangkan untuk menghasilkan satu sistem dagangan yang berfokus kepada bitcoin dan juga matawang-matawang digital yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat