Bitcoin Sedia Meroket Kembali? Ini Perkara Perlu Diperhatikan Pelabur

4,040

Dalam perkongsian di Twitter, pengasas bersama Three Arrows Capital, Su Zhu telah berkongsikan pandangan bahawa menurut beliau terdapat tanda-tanda bahawa Bitcoin menghampiri zon pengumpulan.

Zhu menyenaraikan faktor-faktor yang berpotensi dilihat sebagai ‘bullish’ yang mendorong pengumpulan BTC. Zhu menyatakan faktor skunder antaranya seperti aliran masuk 7,000 Bitcoin ke dalam Bitcoin ETF Kanada. Baru-baru ini, mereka telah membuat pembelian kedua terbesar dalam sehari menjadikan rizab Bitcoinnya kepada 41,620 unit.

Satu lagi metrik dalam rantaian untuk Bitcoin yang dilihat patut diberi perhatian ialah kekuatan BTC ke atas pasaran saham semalaman. Menurut Zhu Bitcoin menghampiri tempoh pengumpulan dengan struktur pasaran menaik secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pada masa ini Bitcoin telah mengalami penurunan terbesar dalam sejarah dalam tempoh tujuh minggu yang lalu dan sedang mengalami tanda-tanda pemulihan. Ini terzahir dengan peningkatan jumlah dagangan spot dan derivatif terbesar sejak kejatuhan minggu lalu.

Memandangkan peristiwa baru-baru ini dan keadaan pasaran yang sangat tidak menentu, coin Tether yang stabil juga telah menunjukkan tanda-tanda tekanan apabila USDT/USD didagangkan di bawah $0.99 di bursa kripto utama. Ini telah menyebabkan pasaran berbelah bahagi.

Bitcoin (BTC) setakat ini sedang bergelut dalam paras dagangan $30,000 dan telah didagangkan dalam julat yang ketat antara $27,000 dan $30,000 sejak beberapa hari lalu. Julat tersebut dilihat sebagai paras sokongan utama untuk BTC. Pasaran turut memberi perhatian pada paras rintangan utama iaitu antara $33,000 dan $36,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat