Bitcoin Tembus $1 Juta! – Cathie Wood

538

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ark Invest, Cathie Wood tetap dengan pendiriannya dalam meramalkan bahawa ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal menggunung hingga $1 juta menjelang tahun 2030.

Sungguhpun Bitcoin Trust (GBTC) Grayscale mengalami kejatuhan harga drastik bilamana krisis FTX mengakibatkan pasaran kripto berdarah, Cathie Wood masih percaya dengan keupayaan BTC dan aset digital lain untuk jangka panjang.

Secara konteks, GBTC merupakan dana  BTC terbesar yang menguruskan lebih 635,000 BTC bersamaan $1.5 juta.

Berbanding pelabur lain yang berpendapat pasaran kripto tidak mempunyai potensi untuk melakukan pendakian semula, Wood pula yakin kejatuhan pasaran kripto adalah peluang keemasannya mengaut sejumlah BTC.

Mengulas lebih lanjut,Wood turut berpandangan bahawa kebanyakan syarikat besar pada tahun akan datang akan mula menerima Ethereum (ETH) sebagai salah satu kripto yang dapat memberi manfaat besar kepada mereka.

Diperjelaskan juga, beliau termasuk Michael Saylor sebelum ini turut melakukan tindakan serupa dengan meramalkan pergerakan yang akan dilakukan BTC pada bulan April.

Dalam pada itu, saham GBTC dilaporkan mencatat penyusutan sebanyak 27% pada $8.40 manakala Ark Invest meneruskan pembelian saham dengan jumlah $1.5 juta.

Malah, Ark Invest telah membeli saham $273,000 pada minggu lepas semasa pasaran kripto digegarkan dengan isu FTX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat