BitPay Ingin Jadikan Kaedah Pembayaran Gunakan Bitcoin Satu ‘Mainstream’!

1,164

Bitpay, pemproses pembayaran Bitcoin terbesar dunia melaporkan bahawa pemegang kad BitPay di Amerika Syarikat tidak lama lagi dapat menggunakan kad mereka untuk melakukan transaksi melalui Apple Pay.

Kad ini membolehkan pengguna menghubungkan akaun kepada akaun transaksi. Melalui fungsi tersebut, pengguna boleh menggunakan dompet mudah alih secara normal dan melakukan transaksi dengan menggunakan kripto.

Bahasa mudahnya fungsi terbaru yang bakal diwujudkan ini membolehkan pengguna untuk berbelanja menggunakan Bitcoin sama ada secara atas talian mahupun secara bersemuka. Menurut syarikat tersebut, pada akhir suku ini, ia juga akan mula menyokong Google Pay dan Samsung Pay.

Pengumuman BitPay ini menandakan penerimaan Bitcoin semakin diterima dalam kalangan masyarakat. Pada masa akan datang matawang kripto berkemungkinan besar akan diintegrasikan. Dengan ada fungsi seperti ini, ia adalah jauh lebih mudah dan praktikal bagi orang ramai menggunakan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran.

BitPay Wallet mempunyai fungsi lain yang membolehkan pengguna menukar matawang kripto seperti Bitcoin menjadi matawang fiat dan dikreditkan dalam MasterCard.

Disisi lain, pada Oktober 2020, PayPal mengumumkan bahawa pemegang akaunnya sendiri dapat membeli, menyimpan, dan menjual kripto. Bukan itu sahaja, pengguna dapat menggunakan kripto untuk membeli barangan.

Dengan penambahan Apple Pay dan dompet mudah alih, kripto dijangkakan akan menjadi mainstream bermula tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat