Black Friday Kripto – Aset Kripto Alami Diskaun Besar-Besaran!

2,536

Kemunculan varian Covid-19 baharu yang datang dari Afirka Selatan didapati telah membawa impak buruk terhadap pasaran kewangan. Ini tergambar melalui kontrak indeks niaga hadapan pasaran saham paling terkemuka telah jatuh merundum. Pasaran saham bukannya satu-satunya yang terkesan, pasaran aset kripto turut mengalami pembetulan besar-besaran. Harga bitcoin telah jatuh ke paras terendah enam minggu dan beberapa altcoin turut mengikut rentak yang sama.

Aset kripto utama baru sahaja semalam membuat percubaan menembus paras harga $60,000 selepas pulih daripada penurunan sebelumnya di bawah $56,000. Walaubagaimanapun, momentum tersebut tidak dapat bertahan lama.

Sebentar tadi Bitcoin telah kehilangan sebanyak $5,000 dalam beberapa jam ke paras terendah harian pada paras harga $53,625, yang menjadi titik harga terendah sejak 13 Oktober. Turun naik harga yang besar ini telah memberi kesan yang besar terhadap pemain pasaran leveraj.

Kejatuhan harga ini bertepatan dengan perkembangan dengan pasaran saham global yang didorong oleh kebimbangan varian Covid-19 baharu yang dari beberapa negara Afrika. Kontrak niaga hadapan Dow Jones, S&P 500, Nasdaq dan indeks saham lain catat kejatuhan besar.

Niaga hadapan Dow turun lebih daripada 2%, bagi S&P 500 hampir 1.7%, manakala harga minyak turun lebih besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat