BlackRoll Jual Saham China Telecom

574

BlackRock telah menjual hampir semua kepentingannya di China Telecom, sebuah syarikat yang dikenakan sekatan baru pelaburan AS. Langkah itu dilakukan ketika para pelabur AS berusaha keluar dari saham yang dikenakan sekatan, yang melarang rakyat Amerika untuk memiliki syarikat yang dianggap mempunyai hubungan dengan tentera China.

Oleh yang demikian, pengurus aset terbesar di dunia itu telah menjual 818 juta saham di China Telecom, salah satu daripada 44 syarikat, rata-rata HK $ 1.92 setiap satu. Menurut laporan bursa Hong Kong, ianya adalah 12%  di bawah harga penutup Selasa lalu.

Namun begitu, pemfailan tersebut tidak dijadikan sebagai isu untuk penjualan $ 206 juta saham, yang menurunkan kepentingan BlackRock di China Telecom dari 6.1% menjadi 0.2 %. Walau bagaimanapun,  BlackRock tidak mengemukakan sebarang respon berhubung isu tersebut.

Untuk pengetahuan semua, pentadbiran Trump telah memperluas larangan pelaburan, kepada 9 syarikat tambahan pada Rabu yang lalu, dan pelabur menjangkakan lebih banyak pembubaran akan datang dari dana AS.

Berikutan dengan itu, Kementerian luar China mengatakan bahawa sekatan itu merupakan salah satu bentuk penindasan terhadap syarikat China. Sementara itu, saham China Telecom telah meningkat sebanyak 1.4% untuk ditutup pada $ 2.34 hari ini, kerana beberapa pelabur bukan AS berusaha untuk membeli saham dengan harga murah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat