Blockchain Dapat Mencegah Sijil Akademik Daripada Di Palsukan?

503

Pusat Inovasi Kewangan (CIF) fakulti ekonomi dan perniagaan Universiti Basel telah bekerjasama dengan Proxeus. Proxeus telah memenangi pengiktirafan Swiss Fintech Start-Up.

Kerjasama tersebut ialah bagi menghasilkan sijil akademik berasaskan blockchain dan didaftarkan melalui Ethereum smart contract dan teknologi Proxeus. CIF merupakan institusi pertama di Switzerland yang mengunakan teknologi blockchain bagi menghalang sijil akademik daripada di plagiat atau di palsukan.

Apa yang mengejutkan, konsep tersebut hanya dibina dalam jangka waktu kurang daripada sebulan dengan 2 prototypes di 2 blockchain yang berbeza. Kepantasan dan kreativiti tersebut menunjukkan betapa bagusnya pasukan tersebut.

2 alat telah berjaya dihasilkan, salah satunya untuk CIF, yang digunakan untuk membantu menjana dan membina sjil dan didaftarkan melalui smart contract memalui kriptografi. Satu lagi alat akan disediakan untuk kegunaan awam maka sesiapa sahaja boleh untuk menyemak dokumen tersebut.

Setakat ini uji cuba digunakan untuk menghasilkan sijil untuk pengajian Blockchain CIF.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat