Blockchains LLC Mahu Buka Bandar Kripto Di Nevada

302

Firma pelaburan dan inkubator blockchain, Blockchains LLC berhasrat untuk membina bandar pintar di Nevada bahagian timur Reno.

Dalam satu temubual bersama Associated Press, CEO Blockchains, Jeffrey Berns telah meminta kebenaran dari Nevada untuk membentuk komuniti baru di Storey Country yang terletak di 19 kilometer timur Reno.

Blockchains telah membeli tanah seluas 67,000 ekar itu dengan harga $170 juta pada Januari 2018 dan dijangka pecah tanah akan bermula pada 2022 nanti.

Berns menjelaskan, susunan kerajaan yang sedia ada masih tidak sesuai untuk komuniti blockchain, matawang kripto dan pelbagai inovatif teknologi yang lain.

Berns juga mahu Nevada mengubah undang-undangnya, membenarkan ‘zon inovasi’, di mana syarikat-syarikat memiliki hak sama seperti pentadbiran daerah tersebut termasuk membina sistem pengadilan, mengenakan cukai dan membangun infrastruktur.

Jika dilihat pada kertas cadangan yang dikemukakan ketika awal pembelian, firma tersebut bercadang mahu membina 15,000 rumah, serta ruang industri dan komersial bersaiz 33 juta kaki persegi dalam tempoh 75 tahun.

Penduduk bandar itu nanti bukan sahaja dapat membuat pembelian dan mendapatkan perkhidmatan menggunakan matawang digital tetapi juga berupaya mendaftar identiti diri seperti kenyataan kewangan, rekod kesihatan dan maklumat peribadi di blockchain dengan footprint.

Usaha ini juga berpotensi memberi kesan kepada Tesla Gigafactory dan Amazon yang terletak di kawasan yang sama. Lagi-lagi selepas pengasas syarikat Tesla, Elon Musk membuat pelaburan di dalam Bitcoin (BTC) tempoh hari dan membeli beberapa Dogecoin untuk anaknya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat